dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Berkala Bahasa Melayu Edisi 2

25 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2025 (Sabtu), peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai webinar Bahasa Melayu Edisi Kedua dengan tajuk “Tips Karangan Cemerlang”. Webinar ini diadakan bertujuan untuk membantu para pelajar meningkatkan kemahiran menulis karangan yang cemerlang terutamanya semasa menjawab peperiksaan.

Webinar ini telah disampaikan oleh seorang guru Bahasa Melayu berpengalaman yang berkongsi pelbagai teknik penting seperti cara merancang isi, menggunakan penanda wacana dengan berkesan, serta membina penutup yang mantap. Peserta juga didedahkan kepada contoh karangan cemerlang dan diberikan peluang untuk bertanya soalan secara langsung. Pendekatan yang disampaikan akan memudahkan pelajar mengaplikasikan ilmu secara praktikal dalam penulisan, sekaligus meningkatkan mutu karangan untuk peperiksaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.